Kehidupan peribadi Eira Syazira

Dilahirkan sebagai Syazira binti Shuhaimi pada 19 Julai 1984 di Kuala Lumpur, Eira merupakan anak kedua daripada enam beradik. Dua adiknya, Syafnida dan Syainie Aida juga bergiat aktif sebagai pelakon. Beliau berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Beliau berkahwin dengan pelakon Azad Jasmin pada 16 September 2011 dan kini dikurniakan tiga cahaya mata perempuan.

Anak sulungnya ialah Amarra Sofea Rose. Pada 31 Disember 2016, Eira selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 3.9 kilogram yang diberi nama Ameisya Leann Rose melalui kaedah pembedahan.[6] Melalui perkongsian di Instagram, Eira dan Azad meluahkan rasa syukur mereka atas kurniaan ini.[6]

Pada 1 Januari 2018, Eira dan suami, Azad menyambut kedatangan cahaya mata ketiga yang bernama Areisya Suri Rose.[7][8]

Rujukan

WikiPedia: Eira Syazira http://www.budiey.com/eira-syazira-insaf-dalam-dra... http://www.budiey.com/eira-syazira-muncul-dengan-a... http://www.budiey.com/filem-aku-bukan-tomboy-selon... http://www.imdb.com/name/nm4153695/ http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&d... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/eira-syazira... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/eira-syazira... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/eira-syazira... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt...